Datuk Vida terkejut lihat pereka fesyen dipukul jurugambar depan mata

Iklan
Razmi (kiri) dilihat cedera pada pipi. Datuk Seri Vida (kanan) ketika menceritakan detik cemas tersebut.

USAHAWAN Datuk Seri Vida mengakui terkejut apabila menyaksikan insiden pereka fesyen duo, Razman Razmi dipukul seorang jurugambar lelaki ketika hadir di acara anugerah majalah terkenal di Petaling Jaya pada Rabu.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, berkata, dua pereka fesyen itu pada mulanya mengiringi beliau di karpet merah dan ketika ditemu bual wartawan, jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul dengan kamera miliknya.

Iklan
Iklan

"Ketika saya nak ditemubual, tiba-tiba jurugambar itu datang memukul mereka. Saya ingatkan mereka bergurau.

"Dia (jurugambar) tidak takut ke akibat perlakuan dia? Pukul depan orang ramai. Kalau betul ada masalah, boleh selesai cara baik," katanya ketika ditemui sebaik insiden tersebut berlaku.

Iklan

Malah Vida mengakui trauma melihat kejadian yang berlaku di depan matanya, apatah lagi dengan kecederaan yang dialami kedua-dua pereka fesyen terbabit.

"Kepala saya jadi sakit sebab saya tak boleh tengok darah di muka mereka," ujarnya.

Iklan

Difahamkan punca serangan itu disebabkan hal kewangan dan kedua-dua pereka fesyen terbabit mengalami luka di pipi.

Ketika kekecohan berlaku, jurugambar terbabit telah dibawa keluar oleh pengawal keselamatan dan acara anugerah malam tadi diteruskan.