Ustaz Hanafi kongsi 4 kisah kesihatan, ajak banyakkan puasa sunat

Iklan
SALAH satu kegembiraan buat orang yang berpuasa adalah ketika berbuka puasa. Foto CANVA

AMALAN berpuasa sememangnya semua sudah maklum memberi banyak manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental manusia.

Di samping memberikan kesihatan, sudah tentunya akan mendapat pahala jika diniatkan puasa tersebut kerana ALLAH SWT dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Iklan
Iklan

Pendakwah, Ustaz Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek atau lebih dikenali dengan Ustaz Hanafi berkongsi beberapa kisah mengenai kesihatan melibatkan beberapa sahabatnya yang berlaku pada tahun lalu.

"Ustaz tahu ramai orang suka merokok sebab nak dapatkan ketenangan terutamanya ketika sedang tertekan.

Iklan

USTAZ HANAFI

"Mereka ambil jalan pintas dengan merokok sedangkan rasa tenang waktu merokok itu hanya sementera dan sekejap sahaja.

Iklan

"Bila kembali kepada keadaan biasa, tekanan datang kembali sebab masalah tidak selesai,” katanya di akaun Facebooknya pada Isnin.

Nasihatnya, jangan biasakan tabiat merokak kerana merokok memberikan kesan jangka masa panjang kepada kesihatan sehingga boleh membawa kepada kematian.

Kisah kedua pula beberapa kawannya diuji dengan strok dan beliau agak sedih dengan keadaan tersebut.

"Ini kerana apabila strok, satu kerja pun tak boleh nak buat.

Meneruskan kisah ketiga, Ustaz Hanafi menceritakan seorang sahabatnya yang diuji dengan pecah saraf pada bahagian mata dan dia tidak dapat melihat seperti biasa.

"Banyak kerja dan tanggungjawab mula tergendala. Apabila dilihat balik pada cara hidup dan makan minum dia sebelum ini, dia ini peminum tegar teh tarik.

SELAIN berpuasa, bersenam juga dapat menjadikan tubuh badan kita sihat. Foto CANVA

"Allahuakbar. Teh tarik ni kaya dengan gula dan tak bagus untuk kesihatan terutamanya bagi kita yang sudah berusia,” katanya.

Kisah keempat pula beliau menceritakan kisahnya berjumpa dengan seorang legenda dalam jemaah tabligh dan aktif dalam dunia menunggang yang dikenali dengan Haji Rock.

"Walaupun sudah berumur 87 tahun, Haji Rock ini masih sihat. Pernah sekali dia kurang sihat sekejap, ada sedikit masalah penglihatan tapi alhamdulillah dia semakin baik.

"Masa sembang-sembang dengan Haji Rock, Ustaz sempat tanya, apa rahsia cepat sihat semula kali ni?

Puasa bina ketahanan diri, bantu susun rutin hidup

Ustaz Hanafi yang sembuh daripada penyakit kanser limfoma tahap 4 itu berkata, apabila difikirkan semula masalah kesihatan yang menimpa kenalan-kenalannya itu, kebanyakannya berpunca daripada cara hidup dan pengambilan makanan yang tidak sihat.

"Jangan kata orang lain, Ustaz sendiri pun kadang tu terbabas juga bab makan minum ini. Kata orang, memang pantang jumpa. Memang sekejap saja habis masuk ke mulut.

SELAIN mendapat pahala, ibadah puasa juga dapat menyihatkan tubuh badan. Foto CANVA

"Macam mana nak kawal pemakanan dan buang tabiat merokok ini? Kita kena ambil tip dari Haji Rock. Kena banyakkan berpuasa,” jelasnya.

"Jom tuan puan, tahun 2025 ini kita jadikan puasa sebagai rutin mingguan kita. (Jika) tidak mampu berpuasa selang sehari macam Nabi Daud AS, kita boleh puasa sunat pada Isnin dan Khamis.

"Ada kesempatan, puasa sunat hari putih pada setiap pertengahan bulan Islam,” ajaknya.

Tambahan pula katanya, kita sedang berada di bulan Rejab dan Syaaban, seterusnya bulan Ramadan pula akan mendatang.

JADUAL puasa sunat Isnin dan Khamis serta puasa sunat hari putih atau pertengahan bulan buat bulan Rejab.

"Sama-samalah kita jadikan ibadah puasa sebagai peluang tambah amal ibadah. Dalam masa yang sama ia bagus untuk kesihatan.

"Kita sudah berada pada tahun 2025, macam-macam perkara tidak terjangka boleh berlaku.

"Sama-sama kita persiapkan diri untuk berada dalam keadaan terbaik, jiwa dan iman yang sihat serta baik, begitu juga tubuh badan yang sihat dan terbaik,” jelasnya.