Sistem kemasukan pelajar antarabangsa akan dibangunkan Kementerian Pedidikan Tinggi (KPT) yang merupakan antara 10 agenda transformasi pendidikan tinggi negara, pada tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, satu jawatankuasa sudah dibentuk dengan perbincangan awal mencari formula dan kaedah terbaik agar sistem baharu berkenaan dapat dilaksanakan.