Titah Adendum: Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan didedahkan

Iklan
Dr Zaliha

SHAH ALAM - Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengenai pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan didedahkan.

Memetik laporan media tempatan, perkara tersebut disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, minit mesyuarat itu adalah sulit dan hak kuasa hanya ada pada lembaga tersebut.

"Minit mesyuarat adalah perkara sulit. Jadi kita tidak boleh buat perkara tersebut ‘open’.

Iklan

"Itu hanya hak lembaga pengampunan. Minit mesyuarat tidak akan didedahkan,’’ katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Kiosk Sentuhan Madani yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.

Media tempatan turut melaporkan, cadangan supaya ia didedah disuarakan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Akin pada Rabu, bagi memberikan kejelasan dan menghentikan spekulasi berkaitan pengampunan diberikan kepada Najib.

Iklan

Pada Khamis pagi, Zaliha berkata ‘nanti’ ketika ditanya pemberita mengenai cadangan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengenai bekas Ahli Parlimen Pekan itu didedahkan kepada umum.

Sebelum ini, Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Rayuan pada Isnin bahawa perintah Adendum itu dihantar istana ke Pejabat Peguam Negara pada 29 Januari 2024 ketika bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh masih memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

Pada 2 Februari lalu, Urusetia Lembaga Pengampunan, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan hukuman penjara ke atas Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda yang perlu dibayar pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib pada Julai 2020, selepas bekas presiden UMNO itu didapati bersalah atas masing-masing tiga pertuduhan pecah amanah serta pengubahan wang haram, serta satu pertuduhan salah guna kedudukan, berkait dana RM42 juta milik SRC International.

Terdahulu, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.