Stok mercun, bunga api Tahun Baharu Cina bernilai RM41,940 dirampas

Iklan
Roslan menunjukkan mercun dan bunga api yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Tangkak pada Khamis.

TANGKAK - Pelbagai jenis bunga api bernilai RM41,900 dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Pelangi di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, Muar melakukan serbuan tersebut jam 1 petang selepas mendapat maklumat awam.

Iklan
Iklan

"Hasil serbuan pihak polis menangkap seorang lelaki yang berumur 23 tahun kerana memiliki pelbagai jenis mercun serta bunga api tanpa permit yang sah.

"Dalam serbuan ini pihak polis merampas 54 kotak pelbagai jenis mercun serta bunga api,” katanya dalam satu akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di sini, pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, siasatan dijalankan bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, pihaknya berharap agar orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang kegiatan atau aktiviti menyalahi undang-undang yang berlaku terutama di sekitar daerah ini.

Iklan

Sebarang maklumat katanya, boleh disalurkan di Hotline IPD Tangkak 06-9785222 atau mana-mana balai polis berhampiran.