Trump rancang ambil alih Greenland, Terusan Panama

Iklan
Donald Trump. - Agensi

WASHINGTON - [DIKEMAS KINI] Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi menyatakan hasrat untuk mengambil alih Greenland dan Terusan Panama, namun beliau menolak menggunakan kekuatan tentera untuk memilikinya, lapor Nexstar.

Dalam sidang akhbar pada hari Selasa, Trump memberitahu wartawan bahawa beliau ingin menguasai Greenland dan Terusan Panama, dengan alasan bahawa wilayah itu akan mendapat manfaat untuk perdagangan dan kuasa tentera AS.

Iklan
Iklan

"Menyerahkan Terusan Panama kepada Panama adalah satu kesilapan yang sangat besar. Kami juga memerlukan Greenland bagi tujuan keselamatan negara," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau kemungkinan menggunakan kekuatan tentera untuk merebut wilayah itu, beliau seperti menolak rancangan itu.

Iklan

"Saya tidak akan komited untuk itu. Sekarang mungkin, mungkin anda perlu melakukan sesuatu," tambah Trump.

Kenyataannya dibuat ketika anaknya, Don Trump Jr. berada di Greenland untuk melancong.

Iklan

Pegawai Greenland mengatakan Trump Jr. berada di sana sebagai warganegara biasa, dan beliau tidak berkongsi apa-apa mengenai rancangan bapanya untuk mengambil wilayah Artik itu.

"Itu bukan untuk saya bincangkan. Itu untuk orang lain bercakap mengenainya, kami hanya teruja untuk berada di sini,” kata Trump Jr.

Greenland adalah wilayah Denmark. Pada hari Selasa, Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen menolak idea pengambilalihan AS itu.

"Greenland bukan untuk dijual," kata Frederiksen.

Sementara itu, Presiden Panama, Jose Raul Mulino, juga menolak rancangan Trump untuk memiliki Terusan Panama.

"Kedaulatan dan kemerdekaan negara kita tidak boleh dirundingkan," kata Mulino.

Presiden terpilih Trump telah berulang kali menyatakan hasrat untuk meluaskan wilayah AS dan menjanjikan penggalnya yang akan datang akan menjadi 'Zaman Keemasan Amerika.'

Beliau juga berkata semasa sidang akhbar bahawa dia mahu menamakan semula Teluk Mexico dan kepada Teluk Amerika.

"Teluk Amerika. Nama yang cantik,” kata Trump.