BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun garang menempah tiket ke suku akhir Terbuka Malaysia selepas menewaskan pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan pada Khamis.
Dalam aksi di Axiata Arena Bukit Jalil, Wei Chong-Kai Wun yang berada di ranking ke-14 dunia menampilkan aksi penuh bertenaga untuk menumpaskan lawan mereka itu straight set 21-15,21-13 dalam tempoh 31 minit.
Iklan
Iklan
Mereka akan menentang sama ada wakil Perancis, Toma Junior Popov-Christo Popov dan pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard di suku akhir pada Jumaat.
Dalam pada itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shavon Lai Jemie turut menepati ramalan mara ke suku akhir Terbuka Malaysia.
Soon Huat-Shevon yang merupakan pilihan keempat kejohanan menewaskan pasangan India Sathish Kumar Karunakaran-Aadya Variyath 21-10,21-17 dalam tempoh 32 minit.
Menanti mereka di pusingan suku akhir gandingan dari China yang juga pilihan ketujuh kejohanan, Cheng Xing-Zhang Chi.
Artikel Berkaitan