GAZA - Tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap beberapa keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, yang mengakibatkan 70 orang awam terbunuh dan 104 yang lain cedera, menurut sumber perubatan.
Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), angka kematian sejak permulaan tindakan agresif Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita. Kira-kira 109,378 orang lagi cedera.