VM 2026: MOTAC ambil langkah tegas, jaga kepercayaan pelancong terhadap Malaysia

Iklan
Tiong King Sing

SHAH ALAM - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan terus mengambil langkah tegas untuk menjaga kepercayaan pelancong terhadap Malaysia sebagai salah satu persediaan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026).

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perkara tersebut adalah menitikberatkan isu kritikal penguatkuasaan lesen bas pelancongan serta keselamatan pelancong.

Iklan
Iklan

"Seterusnya, produk dan kualiti perkhidmatan pelancongan harus ditingkatkan. Pakej atau produk yang dihasilkan mesti menarik, unik serta berdaya saing.

"Kualiti pakej patut diutamakan kerana ia mencerminkan kejujuran dalam pakej yang ditawarkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, MOTAC melalui agensinya, Tourism Malaysia mengadakan sesi libat urus bersama pemain dan pemegang taruh industri pelancongan Wilayah Tengah pada Khamis.

Majlis yang dirasmikan oleh King Sing adalah sebahagian daripada persediaan kempen VM 2026 yang dilancarkan baru-baru ini.

Iklan

Dalam pada itu, King Sing berkata, kejayaan VM 2026 hanya dapat dicapai melalui kerjasama semua penggiat industri sama ada pengusaha hotel, ejen atau operator pelancongan, rakan kongsi penerbangan, duta budaya dan usahawan.

"Hari ini saya bertemu dan berdialog dengan para pemain industri pelancongan dalam Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Pelancongan Wilayah Tengah. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir.

"Ini mencerminkan komitmen anda bersama untuk terus memajukan industri pelancongan negara dengan tema, Malaysia: Destinasi Mampan dan Kaya Budaya. Kami komited untuk menjadikan VM 2026 satu usaha yang berjaya mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

"Semua memainkan peranan penting dalam memastikan sektor pelancongan negara terus maju,” katanya.

Tambah King Sing, beliau juga menekankan pentingnya aspek kelestarian dan kemampanan dalam setiap usaha untuk memastikan pengalaman pelancong di Malaysia mencerminkan keunikan seni, budaya serta keindahan alam semula jadi dengan menyediakan kemudahan yang mesra serta inklusif.

"Perkara tersebut adalah untuk semua orang termasuk warga emas dan mereka yang memerlukan keperluan khas.

"Dengan ini, saya menyeru semua pihak untuk terus berganding bahu demi merealisasikan kejayaan VM 2026, bersama-sama kita mampu menjadikan Malaysia destinasi pelancongan pilihan dunia yang bukan sahaja memukau tetapi menjadi lambang perpaduan dan keindahan budaya,” katanya.