Kebakaran hutan makin buruk di Los Angeles

Iklan
Anggota bomba berusaha memadamkan bangunan aparment semasa kebakaran melanda Altadena di Los Angeles, California. - AFP

HOLLYWOOD - Sekurang--kurangnya lima orang terbunuh dalam kebakaran hutan yang melanda sekitar Los Angeles, manakala anggota masih bomba bertungkus-lumus berusaha memadamkan api yang semakin marak.

Sehingga kini, kira-kira 1,500 bangunan terbakar dalam bencana terbaharu melanda di bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS) yang turut memaksa lebih 100,000 penduduk mengosongkan rumah masing-masing.

Iklan
Iklan

Keadaan semakin teruk apabila angin didapati bertiup kuat yang membawa bebola api dari rumah ke rumah hingga meranapkan sebahagian besar kediaman di California.

Ketua Bomba Daerah Los Angeles, Anthony Marrone berkata, anggotanya kini bergelut dengan skala kebakaran besar-besaran apabila api marak dengan cepat.

Iklan

"Kami melakukan selagi yang terdaya. Tetapi kami tidak mempunyai anggota bomba yang mencukupi di LA County untuk berdepan dengan bencana ini," katanya.

Pada petang Rabu, kebakaran meletus di Hollywood Hills, hanya beberapa ratus meter dari Hollywood Boulevard yang bertingkat atau rumah kepada pemandangan seperti Teater Cina Grauman, Walk of Fame dan Teater El Capitan.

Iklan

Pada masa sama, arahan pemindahan telah dilaksanakan ketika anggota bomba turut menggunakan helikopter untuk memadamkan kebakaran dari udara.

Sebuah premis menjual kereta didapati terbakar hangus di Los Angeles. - AFP

"Kami tiada masa untuk berlengah. Kami juga tidak mahu orang terkandas dan memastikan semua orang selamat," kata pegawai dari Jabatan Bomba Los Angeles, Margeret Steward.

Kebakaran secara tiba-tiba telah mewujudkan kesesakan di jalan-jalan Hollywood sehingga menghalang jalan keluar dari kawasan itu.

Sharon Ibarra, 29, memberitahu AFP, dia telah bergegas ke Hollywood apabila mendengar tentang kebakaran untuk melihat sama ada dia boleh membantu majikan dengan dua bayinya.

"Saya sangat gementar, takut kerana kebakaran turut berlaku di tempat lain," katanya.

Ketika ini angin bertiup sehingga 160 kilometer sejam yang menyebabkan api merebak cepat sekitar kawasan kejiranan Pacific Palisades.

Sekurang-kurangnya 16,000 ekar telah terbakar di kawasan sama, yang turut melibatkan 1,000 rumah dan perniagaan dilaporkan musnah.

Difahamkan kebakaran berasingan seluas 10,600 ekar turut melanda di sekitar Altadena, utara bandar Los Angeles.

Sheriff Daerah Los Angeles, Robert Luna berkata, lima orang dilaporkan terkorban, dengan lebih banyak kematian dijangka meningkat.

Air semakin kering

Ketua bomba Pasadena, Chad Augustin berkata, hampir 500 bangunan telah musnah akibat kebakaran.

Beliau turut memuji keberanian pasukan penyelamat pertama yang berjaya melakukan proses pemindahan awal penduduk dan sekali gus mengurangkan kemalangan jiwa akibat bencana itu.

Ketua eksekutif Jabatan Air dan Kuasa Los Angeles, Janisse Quinones merayu orang ramai untuk menjimatkan air selepas pili bomba di Pacific Palisades didapati semakin kering.

Presiden terpilih, Donald Trump menggunakan platform media sosialnya pada hari Rabu mendakwa bahawa kekurangan air adalah berpunca daripada dasar jabatan alam sekitar negeri.

Anggota bomba menggunakan helikopter untuk memadamkan kebakaran di Hollywood Hill, Los Angeles. - AFP

Malah, kebanyakan air di Los Angeles berasal dari Sungai Colorado yang digunakan untuk tujuan pertanian dan bukannya kegunaan kediaman atau memadam kebakaran.

Susulan bencara terburuk ini, Presiden AS, Joe Biden membatalkan lawatan ke Itali minggu ini untuk memberi tumpuan kepada tindak balas Persekutuan terhadap kebakaran itu.

"Kami melakukan apa sahaja walaupun ia mengambil masa untuk mengawal kebakaran ini," kata Biden sebelum ini kepada pemberita.

Cuaca kering

AccuWeather berkata, ia menganggarkan bencana dahsyat kali ini telah menyebabkan kerugian sehingga AS$57 bilion (RM256 bilion).

Menurut laman web pengumpul data utiliti di seluruh AS, Poweroutage.us, lebih 300,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di rantau ini.

Kebakaran hutan sering berlaku di AS Barat dan memainkan peranan penting dalam kitaran alam semula jadi.

Tetapi saintis berkata, perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia mengubah corak cuaca telah menyebabkan bencana kerap berlaku. - AFP