Isu kertas SPM bocor, usah mudah percaya perkara tular

Iklan
Tular baru-baru ini kertas soalan Sejarah SPM bocor. Gambar hiasan

HAMPIR setiap tahun kita berhadapan isu kebocoran soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Seperti baru-baru ini, tular tangkap layar soalan dan jawapan kertas peperiksaan Sejarah yang dikongsi menerusi 'status' WhatsApp.

Iklan
Iklan

Antara tangkap layar yang dikongsikan termasuk mesej daripada seorang pelajar yang dipercayai menawarkan jawapan soalan bocor kepada orang lain.

Malah, nombor telefon pelaku turut terpapar dalam mesej tersebut.

Iklan

Perkara itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya terutama pelajar dan ibu bapa yang bimbang akan integriti peperiksaan SPM.

Kementerian Pendidikan (KPM) menolak dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024 dan mendakwa ia sebagai satu tuduhan tidak berasas.

Iklan

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan terperinci telah selesai dijalankan dengan turut mengambil kira semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di laman media sosial.

Alhamdulillah KPM bertindak pantas dalam memperincikan isu berkenaan.

Apa yang membimbangkan, masyarakat kini terlalu mudah mempercayai berita atau perkara tular.

Belum tahu hujung pangkal sudah mengecam dan menghukum sana sini seolah olah perkara tersebut sah berlaku.

Pengguna media sosial juga berperanan besar dalam tidak menularkan berita-berita yang tiada ada pengesahannya.

Orang ramai pula usahlah sewenang-wenangnya mempercayai berita-berita yang tidak sahih atau penipuan di laman-laman sosial.