Wenger kecam tindakan Manchester City

Iklan
Arsene Wenger

PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City sepatutnya menghormati peraturan kewangan sepertimana yang ditetapkan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger berkata, kegagalan The Citizens mematuhi peraturan tersebut menyebabkan berlakunya ketidakstabilan ekosistem dalam arena bola sepak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan berbelanja luar biasa itu boleh disifatkan sebagai ‘doping kewangan’ dalam bola sepak seperti ketika The Citizens merekrut tonggak Arsenal - Emmanuel Adebayor, Kolo Toure, Samir Nasri, Gael Clichy dan Bacary Sagna.

"Teras utama bola sepak dan juga sukan lain adalah cuba menang dengan menghormati peraturan ditetapkan pihak berwajib. Kita semua meraikan yang terbaik dalam setiap pertandingan sukan tapi hanya selepas kita mengetahui pemenang menghormati peraturan.

Iklan

"Ia bukan sukan sebenar jika tiada lagi rasa hormat terhadap peraturan ditetapkan, lebih-lebih lagi apabila kedudukan liga sentiasa dikaitkan dengan jumlah wang dibelanjakan bagi membeli pemain," jelasnya.

Jumaat lalu, UEFA mengenakan hukuman terhadap City daripada beraksi dalam saingan Eropah selama dua musim kerana melanggar peraturan kewangan. Kelab milik Sheikh Mansour itu yang berbelanja mewah sejak diambil alih pada 2008 turut dikenakan denda £25 juta (RM134.79 juta).

Iklan