JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (Jakim) menasihatkan pihak-pihak yang terlibat dengan perkhidmatan bufet Ramadan untuk memohon pensijilan halal Malaysia segera bagi tujuan tersebut.
Menurutnya, pihak-pihak yang terlibat adalah seperti hotel, resort, restoran, kedai makan, pengusaha bufet Ramadan dan seumpamanya.
Iklan
Iklan
POSTER yang dimuat naik di Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim mengenai keperluan untuk mendapatkan sijil halal bagi perkhidmatan bufet Ramadan.
Iklan
Katanya, ungkapan yang sering digunakan mereka adalah seperti bufet Ramadan, iftar Ramadan, set Ramadan dan seumpanya.
Iklan
"Mana-mana pihak yang merancang untuk menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan dan seumpamanya adalah dinasihatkan untuk mendapatkan SPHM secepat mungkin sama ada di Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Islam Agama Negeri (MAIN)," jelasnya pada Isnin.