Polis lupus barang rampasan bernilai hampir RM400,000

Iklan
Dari kiri, Rosli, Ku Mashariman dan Mohd Sabri menyaksikan barang rampasan yang akan dilupuskan oleh IPD Brickfields pada Jumaat. Foto HISYAMUDDIN AYUB.

KUALA LUMPUR - Senapang dan pistol tiruan serta bahan letupan antara barang rampasan dilupuskan polis Daerah Brickfields dengan nilai anggaran RM387,227.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, sebanyak 1,874 unit barang melibatkan kes jenayah dan kontraban dilupuskan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pelupusan barangan tersebut membabitkan 101 kertas siasatan yang telah selesai perbicaraan di mahkamah.

Ku Mashariman (dua dari kanan) bersama Mohd Sabri (kanan) dan Rosli (dua dari kiri) menunjukkan barang rampasan yang akan dilupuskan oleh IPD Brickfields pada Jumaat. Foto HISYAMUDDIN AYUB.

"Kesemua barangan yang dilupuskan pada hari ini melibatkan dua bahagian iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Daerah.

Iklan

Beliau berkata demikian pada majlis pelupusan barang kes peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Hadir sama Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kuala Lumpur, Mohd Sabri Othman dan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 8 Kuala Lumpur, Rosli Ahmad.

Iklan

Sementara itu ditanya mengenai insiden kematian enam ekor kucing di sebuah universiti awam, Ku Mashariman berkata, pihak pengurusan universiti telah melakukan operasi dalaman menangkap anjing liar.

Kata beliau, pihak universiti juga sentiasa memaklumkan kepada pihak polis mengenai tindakan susulan ke atas anjing liar yang dikenal pasti banyak terdapat di kawasan pusat pengajian.

"Tindakan dalaman pihak pengurusan universiti itu membabitkan bahagian keselamatan dan ahli veterinar mereka sendiri.

"Selain itu, tindakan menangkap anjing-anjing liar turut dilakukan dengan bantuan aktivis haiwan," ujarnya.

Sementara itu menurutnya, pihaknya telah menerima keputusan bedah siasatan terhadap bangkai kucing yang diterima pada 2 Januari lalu.

Jelasnya, bedah siasat mendapati kematian itu disebabkan gigitan haiwan liar.