Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad

Iklan
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga Ahad ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga Ahad ini.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 11.35 pagi tadi memaklumkan kawasan yang terlibat di Pahang adalah Rompin manakala di Johor membabitkan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Bagi hujan berterusan tahap buruk, amaran dikeluarkan di beberapa kawasan lain di Pahang iaitu Bera dan Pekan manakala di Johor melibatkan Tangkak, Segamat dan Muar.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Terengganu meliputi Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala Pahang melibatkan Jerantut, Maran dan Kuantan.

Iklan

Amaran yang sama turut dikeluarkan di Melaka dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan membabitkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat merangkumi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu. - Bernama

Iklan