DUNGUN - Polis menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘Raja Jin’ di sebuah surau sekitar kawasan hutan simpan Bukit Bauk, di sini petang ini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di surau berkenaan pada jam 3.20 petang dan hasil saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah methamphetamine.