Dulu beria-ia sokong kekejaman Israel, kini sebak rumah sendiri terbakar

Iklan
Woods antara selebriti yang terjejas dalam kebakaran dahsyat itu. Foto Agensi

LOS ANGELES - Aktor Amerika Syarikat (AS), James Woods yang menyokong penuh perang genosid ke atas Genting Gaza dilaporkan kehilangan rumah agam miliknya dalam kebakaran dahsyat yang kini melanda Los Angeles.

Sebelum ini, Woods pernah meraikan serangan ganas Zionis ke atas penduduk Palestin malah turut menggunakan hashtag #KillThemAll.

Iklan
Iklan

Ketika ditemu bual CNN pada Rabu, beliau dilihat menangis selepas melihat kediamannya musnah dalam kebakaran terbabit.

"Segala-galanya hilang sekelip mata," katanya dalam nada sebak.

Iklan

Tetapi, kesedihan yang dipamerkan Woods mengundang reaksi kurang senang gerakan pro-Palestin.

"Tergamak anda menangis di hadapan kaca TV? Apabila rumah saya dibom pada 28 Oktober 2023, saya tiada tempat mahu dituju dan tidak dapat kembali semula ke tapak asal kediaman saya kerana bandar Gaza telah dikepung.

Iklan

"Rumah ibu saudara saya juga dibedil pada Oktober 2024, Anak perempuannya bersama 15 ahli keluarga yang lain terkorban dan sebahagian besar mayat masih tertimbus. Adakah ia membawa makna apa-apa kepada anda?" kata pemuisi terkenal Palestin, Mosab AbuToha di media sosial sebagai menyelar 'drama air mata' Woods.

Beberapa pengguna media sosial lain pula bertindak menyindir Woods yang sebelum ini terlalu skeptikal dengan fenomena perubahan iklim.

"Beliau akhirnya kehilangan rumah kerana cuaca ekstrem," ujar seorang warganet.

Sejak Perang Gaza bermula, aktor berhaluan kanan tersebut berulang kali menyokong kempen pengeboman ganas Israel yang telah membunuh lebih 46,000 penduduk Gaza dan membinasakan wilayah itu sejak 15 bulan lalu.

"Bunuh mereka semua," ujar Woods menerusi platform X pada Oktober 2023.

Menerusi catatan kira-kira sebulan kemudian, penerima Anugerah Emmy itu juga menolak pelaksanaan gencatan senjata berserta hashtag #KillThemAll. - Agensi