Titah Adendum, Pas hanya bermain wayang - Amanah Johor

Iklan
Aminolhuda

JOHOR BAHRU - Pas hanya bermain wayang dan bersandiwara apabila memburukkan imej Kerajaan Perpaduan dalam isu Titah Adendum demi untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan, semua usaha Pas itu dilihat gagal untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

"Pas jangan cuba kelirukan rakyat dengan membuat desakan seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersalah dalam kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedangkan alasan Adendum tersebut bukan sesuatu yang bernas.

"Kalau disemak semula, kes penangkapan Datuk Seri Najib Razak berlangsung ketika Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan waktu itu.

Iklan

"Timbul pula persoalan mengapa tidak ada agenda Pas untuk memberi cadangan pengampunan diraja terhadap Najib ketika itu, mengapa ia dihebohkan ketika ini? ” soalnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Untuk rekod, pada 6 Januari lalu, Pas mendesak Anwar segera melepaskan jawatan kerana didakwa telah hilang kewibawaan dan kredibiliti untuk terus mentadbir negara.

Iklan

Malah Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ini kerana keputusan Mahkamah Rayuan mengesahkan kewujudan Titah Adendum berhubung tahanan dalam Najib yang membuktikan bahawa terdapat unsur penyembunyian maklumat penting oleh kerajaan sebelum permohonan beliau difailkan di mahkamah.