TEHERAN - Iran hari ini mengesahkan seorang rakyat Jerman yang dihukum penjara tiga tahun di negara itu telah dibebaskan di bawah perjanjian pertukaran tahanan dengan warga Iran yang yang ditahan di Berlin kerana didakwa melanggar sekatan Amerika Syarikat (AS).
"Langkah itu dibuat selepas Jerman mematuhi syarat tidak mengekstradisi rakyat kami ke AS,” kata jurucakap badan kehakiman, Gholamhossein Esmaili.