Centrum Iris gabungan moden dan pesona inggeris di Cameron Highlands

Iklan
SHAH ALAM – Pemaju hartanah terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan Centrum Iris iaitu projek presint kedua di Cameron Centrum dan pembangunan bercampur terbesar dengan pelbagai tawaran komersial di Cameron Highlands, Pahang.

Terletak di lokasi strategik di pusat komersial Brinchang, Centrum Iris merupakan tambahan kepada portfolio LBS yang sedang berkembang dengan nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM472 juta.

Pembangunan ini dijangka mentakrifkan semula kehidupan di tanah tinggi dengan gabungan elemen moden dan daya tarikan klasik Inggeris. Projek ini telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada pembeli rumah.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Dengan pengiktirafan sijil Silver GreenRE1, Centrum Iris menawarkan 705 unit kediaman dengan saiz antara 595 hingga 1,370 kaki persegi dan harga bermula daripada RM476,000.

Selain itu, pembangunan ini turut merangkumi 26 unit komersial yang berkeluasan antara 615 hingga 2,944 kaki persegi, dengan harga bermula daripada RM676,000.

Direka dengan teliti, pembangunan bercampur ini memenuhi keperluan pemilik rumah dan pemilik perniagaan, menggabungkan kemudahan bandar dan keindahan semula jadi.



Dengan inspirasi ala taman Inggeris, dan tambahan kepada pesona Brinchang, Centrum Iris menampilkan elemen-elemen istimewa seperti English Courtyard, Iris Tea Garden, Songbird Sanctuary, Courtyard Carriage Garden, Iris Maze Garden, dan Iris Promenade yang menambah elemen keanggunan dan ketenangan kepada pembangunan ini.

Ruang-ruang ini direka untuk membangkitkan aura persekitaran yang tenang, membolehkan penghuni dan pengunjung berehat sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Selain dari itu, pembangunan ini turut menawarkan 47 kemudahan gaya hidup, termasuk kemudahan rekreasi, yang direka khas untuk meningkatkan kualiti hidup penghuni.



Menambahkan lagi daya tarikannya, Centrum Iris memperkenalkan ciri-ciri inovatif seperti stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang menekankan komitmen LBS terhadap gaya hidup lestari. Pembangunan ini turut menawarkan ruang santai unik berupa restoran dan kafe di atas bumbung, dilengkapi pemandangan tanah tinggi yang menjadikannya destinasi unik.

Mengulas pelancaran ini, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, berkata, Centrum Iris mencerminkan visi LBS untuk mencipta pembangunan bersepadu yang memenuhi gaya hidup moden, sekali gus menawarkan persekitaran kehidupan dinamik dengan keseimbangan antara kemewahan, kemudahan, dan ketenangan.

"Dengan gabungan seni bina bergaya dan kemudahan yang pelbagai, kami bukan sahaja mentakrifkan semula kehidupan di tanah tinggi, malah menetapkan penanda aras baharu untuk pembangunan bercampur di Cameron Highlands.

LIM HOCK SAN


"Seiring dengan perkembangan portfolionya, Centrum Iris merupakan permulaan kepada lebih banyak projek menarik yang bakal dilancarkan. Pembangunan-pembangunan masa hadapan ini memberi nilai tambah kepada penduduk sekitar, di samping turut menawarkan kemudahan inovatif dan elemen unik yang menggabungkan keselesaan serba moden, disulam dengan keindahan semula jadi tanah tinggi.

"LBS teruja untuk memulakan tahun 2025 dengan projek baharu, selaras dengan visi kami untuk menyediakan kediaman yang memenuhi keperluan rakyat yang lebih dinamik,”katanya.

Bagi mereka yang berminat dengan kediaman di Cameron Highlands, Centrum Iris menawarkan peluang yang unik untuk anda menikmati gaya hidup mewah di lokasi yang strategik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 1700 81 8778 atau layari www.cameroncentrum.com.my, atau berkunjung ke galeri jualan di C-2-48, Presint 1, Cameron Centrum, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang.