Polis kesan ahli keluarga, waris lelaki meninggal dunia di Pulau Indah

Iklan
Polis sedang mengesan ahli keluarga atau waris kepada Zamsuria yang meninggal dunia pada Khamis.

KLANG - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sedang mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang lelaki berusia 60 tahun yang meninggal dunia pada Khamis.

Polis Klang Selatan dalam satu hantaran memaklumkan lelaki berkenaan, Zamsuria Md Yassin, meninggal dunia di alamat No 39 Jalan Haji Imam Yusof 41D/KS 13, Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Iklan
Iklan

"Balai Polis Pandamaran menerima satu laporan kematian melibatkan seorang lelaki bernama Zamsuria Md Yassin, 60, pada 9 Januari lalu.

"Mayat tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Pihak polis sedang mengesan waris si mati bagi proses tuntutan mayat," menurut hantaran itu di laman Facebook rasmi Polis Klang Selatan pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, polis turut menyeru kepada mana-mana pihak yang mengenali si mati untuk tampil ke Balai Polis Pandamaran.

"Mereka juga boleh berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Zainal Saim di talian 03-31671303 / 011-16297969," menurut hantaran itu.

Iklan