Bumi makin panas, penggera buat dunia

Iklan
Pembebasan karbon dioksida (CO2) ke atmosfera antara penyumbang utama peningkatan purata suhu dunia. Foto Agensi

BRUSSELS - Saintis pada Jumaat memberi amaran purata suhu global melepasi 1.5 darjah di atas praindustri yang menjadi penggera buat komuniti antarabangsa.

Laporan itu disahkan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (C3S) yang mendedahkan perubahan iklim telah mendorong suhu bumi meningkat kepada paras tidak pernah dialami manusia moden.

Iklan
Iklan

"Trajektorinya sungguh luar biasa," kata Pengarah C3S, Carlo Buontempo.

Menurutnya, ia jelas menunjukkan setiap bulan pada 2024 adalah yang paling panas atau kedua paling panas pernah didokumenkan sejak rekod bermula.

Iklan

Purata suhu pada tahun lalu ialah 1.6 darjah Celsius, lebih tinggi daripada 1850-1900, tempoh praindustri iaitu sebelum manusia mula membakar bahan api fosil pada skala besar.

"2024 adalah tahun paling panas pernah direkodkan dan setiap sedekad lalu adalah antara 10 paling panas pernah didokumenkan," jelas laporan C3S itu lagi.

Iklan

Menerusi Perjanjian Iklim Paris 2015, negara antarabangsa berjanji untuk mengelakkan peningkatan suhu melebihi 1.5 darjah Celsius bagi mencegah bencana iklim lebih dahsyat.

Buontempo bagaimanapun tetap optimis dan percaya masih belum terlambat untuk negara antarabangsa terutamanya yang menjadi penyumbang utama kesan rumah hijau bagi mengurangkan pelepasan bahan api fosil.

"Kita boleh mengubah trajektori itu bermula dari sekarang," ujarnya.

Impak perubahan iklim boleh dilihat di setiap benua termasuk Asia dan memberi kesan kepada semua golongan dan bukan hanya penduduk miskin.

Saintis penyelidik di Berkely Earth, Zeke Hausfather memberitahu beliau meramalkan 2025 akan menjadi antara tahun paling panas.

"Ia bakal berada dalam kedudukan tiga tahun paling panas dalam sejarah," menurutnya. - AFP