MBM perlu cetus idea, bawa pembaharuan kepada negara - PM

Iklan
Anwar

KUALA LUMPUR - Majlis Belia Malaysia (MBM) perlu melihat kepada isu dasar dalam menentukan matlamat pertubuhan sama ada sebagai pencetus idea dan pembaharuan kepada negara atau hanya sekadar organisasi formal semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan muda mempunyai keistimewaan dari segi idealisme dan cetusan idea kerana kekuatan semangat mereka yang inginkan perubahan, namun kadangkala kurang sabar dalam menuntut perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Kalau belia itu umurnya muda tapi fikiran lembab, sikap hambar dan mudah toleransi dengan penyelewengan rasuah kerana terikat kelompok tertentu, maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani dan rakyat.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, mantan pemimpin belia, aktivis belia dan rakan strategik MBM.

Iklan

Persidangan MPAT MBM berlangsung bermula 9 hingga 11 Januari dengan kehadiran 399 orang perwakilan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kerja, Dewan Tertinggi dan Badan-badan Gabungan MBM dari seluruh negara.

Tambah Anwar, beliau bertuah dan bernasib baik apabila terlibat dalam gerakan mahasiswa pada akhir 1960 sewaktu gelora simpang-siur politik negara yang tidak menentu.

Iklan

"Saya terlibat gerakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan MBM. Apa uniknya MBM, kerana ia dapat mengumpulkan kumpulan tenaga idealistik pelbagai agama dan kaum. Ini satu kemestian anak muda untuk mengerti, memahami dan menyantuni.

"Kita dibesarkan dalam kelompok dengan budaya Melayu, India, Cina, Sarawak, Kadazan (dan sebagainya) dan kita dalam dunia kita sahaja. Kalau tak keluar dari tempurung seperti katak bawah tempurung," ujarnya.

Menurutnya, walaupun berdepan kesukaran memandangkan perbezaan budaya dan fahaman, namun keunikan tersebut dapat menyampaikan erti kemanusiaan.

"Ini termasuk persamaan daripada segi makna kebebasan, karamah insaniah manusiawi dan kebenaran yang tidak terbatas kepada warna kulit dan kaum.

"Saudara boleh pilih nak jadi 'jagoan' picisan menjerit tak tentu arah tentang suku kaum, warna kulit, fanatik agama, tentang isu remeh-temeh atau saudara pilih untuk selamatkan bangsa dan negara Malaysia tercinta," tegasnya.