KPKT berhak tarik balik kelulusan geran PEKB

Iklan
Aiman Athirah

SHAH ALAM - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhak menarik balik kelulusan permohonan geran Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didapati tidak mengikut peraturan dan syarat ditetapkan.

Timbalan Menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, beliau telah mengarah kementeriannya untuk menyiasat dan mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Seandainya terbukti mana-mana NGO tersenarai lulus permohonan ada kaitan sepertimana dakwaan yang berlegar, maka tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan kelulusan dan boleh disenaraihitamkan.

"Untuk makluman, Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Kepada NGO bagi pelaksanaan Program PEKB 2025 adalah hanya merupakan serahan surat pemakluman kelulusan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini, terdapat dakwaan Ketua Bahagian Bersatu Shah Alam, Mohd Idris Abdul Halim mendapat geran PEKB 2025 di bawah KPKT.

Difahamkan geran tersebut disampaikan oleh Aiman Athirah menerusi majlis penyerahan pada 7 Januari 2025 lepas.

Iklan

Bagaimanapun, ia dipersoalkan susulan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak dimaklumkan mengenai program berkenaan walaupun berada di bawah jagaan KPKT.