Tang Jie-Ee Wei garang ke separuh akhir

Iklan
Tang Jie dan Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia selepas menewaskan pasangan Jepun dalam saingan suku akhir di Bukit Jalil pada Jumaat. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperagakan aksi bertenaga untuk menempah slot separuh akhir Terbuka Malaysia 2025 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kejayaan tersebut hadir menerusi kemenangan yang dilakar ke atas Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dalam saingan suku akhir di Axiata Arena.

Iklan
Iklan

Pasangan nombor lima dunia itu dilihat langsung tidak memberi ruang kepada pasangan Jepun tersebut untuk mengungguli set pertama 21-11.

Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

Tang Jie-Ee Wei yang kian optimis dengan corak permainan mereka meneruskan momentum positif apabila mengesahkan kemenangan ke atas gandingan lawan berstatus ke-14 dunia, 21-18 dalam tempoh 36 minit permainan.

Iklan

"Aksi ini agak sukar, namun kami hanya fokus untuk dapatkan mata dan konsisten di gelanggang.

"Percaya sesama sendiri dan gembira dapat keluarkan permainan kami. Jadi selepas ini fokus kepada aksi esok (Sabtu) yang juga sangat mencabar," ujar Ee Wei.

Iklan

Menerusi keputusan tersebut melebarkan rekod kemenangan Tang Jie-Ee Wei ke atas Midorikawa-Saito kepada 4-2.

Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

Bagaimanapun ujian sukar menanti pasangan negara dalam aksi separuh akhir pada Sabtu apabila akan berdepan pilihan pertama kejohanan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Pasangan China itu mara ke separuh akhir selepas mengalahkan gandingan Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-19, 21-14 dalam satu lagi saingan suku akhir.