IPOH - Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas, Manjung meningkat sedikit malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan seramai 27 mangsa daripada tujuh keluarga berlindung di PPS berkenaan berbanding 18 daripada lima keluarga pagi tadi.