Disapa 10 kali sehari gara-gara wajah seiras Meghan Markle

Iklan
Christine (kiri) berdepan pelbagai insiden melucukan selepas orang sekeliling menyangka dirinya Meghan Markle. - Foto Agensi

NEW YORK - Gara-gara mempunyai wajar seiras isteri kepada Putera Harry, penumpang pesawat sering tersilap kerana menyangka wanita yang bekerja sebagai kru kabin ini adalah Meghan Markle.

Christine Mathis, 32, dari Amerika Syarikat yang merupakan pembantu syarikat penerbangan tambang murah, JetBlue Airline mendakwa, dia mula mendapat perhatian sejak Duchess of Sussex terbabit membintangi rancangan TV berjudul Suits pada 2011.

Iklan
Iklan

"Orang sekeliling pernah menyapa saya sehingga 10 kali sehari kerana menyangka saya adalah selebriti. Saya menganggap ia satu pujian," katanya.

Menurutnya, antara insiden yang melucukan adalah ketika pihak berkuasa memeriksa pasport miliknya kerana menaruh syak dia sebagai Meghan.

Iklan

"Ahli dermatologi pernah mendakwa saya sebagai Meghan dan cuba menggunakan nama palsu kerana mahu membuang tahi lalat secara rahsia," tambahnya.

Selain itu, ada juga penumpang yang menegurnya, 'Anda sudah berkahwin dengan seorang putera, mengapa bekerja sebagai kru kabin?'

Iklan

"Saya dapat lihat persamaan kami. Mungkin ada kaitan kerana Meghan dan saya adalah hasil perkahwinan kacukan. Bapa saya berketurunan Afrika-Amerika dan Itali, manakala ibu Meghan pula berketurunan Afrika-Amerika," ujarnya lagi. - Agensi