Jerami padi

Iklan
Pelancong dari luar dan dalam kawasan Kedah tidak melepaskan peluang berswafoto atau merakam gambar berkumpulan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan seperti berada di luar negara di 24 gulungan jerami padi berlatarbelakangkan Gunung Jerai di Kampung Kuala Dulang Kecil, Yan hari ini. Susunan jerami ini dibuat hasil usaha dan kreativiti penduduk kampung membeli gulungan jerami padi dari pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan harga RM1,000 sejak bulan lalu bertujuan untuk menghias kawasan kampung supaya kelihatan cantik menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang ke kampung ini.- Foto Bernama