SIBU - Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit pada Isnin.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.50 tengah hari semasa Mohamad Hamizan Reduan dalam perjalanan pulang ke rumahnya, apabila dia hilang selepas dihanyutkan arus deras sungai.