MACHANG - Bersatu Bahagian Machang tidak pernah mengeluarkan sebarang borang permohonan bagi bantuan pakaian sekolah sebagaimana yang giat diedarkan sejak beberapa minggu lalu.
Ketuanya, Datuk Sazmi Miah berkata, borang permohonan tersebut dikesan pihaknya sejak seminggu yang lalu yang mana diedarkan di peringkat kampung-kampung.
Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab tersebut bukan hanya memburukkan nama Bersatu tetapi juga mengecewakan penduduk terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan.
"Pihak kami (Bersatu) tidak pernah mengeluar dan mengedarkan borang tersebut dan berharap orang ramai tidak tertipu dengan 'permainan' mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
"Jika benar ada bantuan seumpama itu disediakan, kami akan bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengenal pasti mereka yang layak dan tidak akan sewenang-wenangnya menyebarkan begitu sahaja," katanya kepada Sinar Harian.