Polis cari Apu dan Kongki

Iklan
Mohd Khairiel (kanan) dan Timbalan Ketua Polis daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor menunjukkan gambar Apu dan Kongki.

JEMPOL - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kecurian 107 ekor kambing di Ladang Palong 21 pada 8 Februari lalu.

Mereka yang dicari ialah G Rajesvaran, 53, atau dikenali sebagai Apu berasal dari Durian Tunggal, Melaka serta V Ramani, 28, atau Kongki dari Rembau, Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, kedua-dua lelaki ini dipercayai boleh membantu siasatan kejadian terbabit.

Gambar dari kiri: Apu, Kongki

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lelaki ini diminta tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi Ibu Pejabat Polis daerah Jempol 06-4582222 atau 06-4583449," katanya.

Iklan

Pada 10 Februari lalu, polis menahan lima lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kes mencuri 107 ekor kambing di Ladang Palong 21 membabitkan kerugian kira-kira RM85,600.

Mohd Khairiel berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar Johor dan Melaka.

Iklan

Katanya, kambing tersebut didapati hilang pada 8 Februari selepas pemiliknya menyedari kandang haiwan peliharaannya diceroboh dan baka Damaranya lesap.