Pihak abai gag order dianggap hina mahkamah
Iklan
Antara dokumen yang dikemukakan oleh peguam Najib di Mahkamah Rayuan, 6 Januari lalu. Gambar kecil: Muhammad Akram
SHAH ALAM - Mana-mana pihak yang enggan, abai atau gagal mematuhi perintah larangan bersuara (gag order) dalam isu Titah Adendum adalah dianggap menghina mahkamah dan boleh dikenakan hukuman sekiranya perintah itu dikeluarkan nanti.
Peguam, Muhammad Akram Abdul Aziz berkata, individu yang disabitkan bersalah menghina mahkamah boleh dijatuhi hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.