Kadar jangka pendek kekal stabil berikutan operasi BNM

Iklan

KADAR jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM22.17 bilion dalam sistem konvensional dan RM13.70 bilion dalam dana Islam.

Iklan
Iklan

Bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional RM500 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari.

Ia akan turut menjalankan dua tender Qard bernilai RM1.5 bilion untuk tujuh hari dan RM500 juta untuk 14 hari.

Iklan
Iklan

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM21.2 bilion dan RM11.7 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - Bernama