Ombak besar, air pasang: Semakin ramai mangsa pindah ke PPS
Iklan
Keadaan ombak besar menghempas benteng susulan fenomena air pasang berserta angin kencang semasa tinjauan di Kuala Ibai pada Isnin. Foto Bernama Keadaan ombak besar menghempas benteng susulan fenomena air pasang berserta angin kencang semasa tinjauan di Kuala Ibai pada Isnin. Foto Bernama
Keadaan ombak besar menghempas benteng susulan fenomena air pasang berserta angin kencang semasa tinjauan di Kuala Ibai pada Isnin. Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa yang berpindah akibat ombak besar dan air pasang di dua daerah di Terengganu meningkat kepada 299 setakat 8 pagi Selasa, berbanding 80 yang dilaporkan pada Isnin.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan di daerah Kemaman seramai 285 mangsa daripada 73 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Kemaman dan Balai Raya Kampung Geliga Pantai sejak Jumaat lepas.
Iklan
Iklan
Sementara itu, di daerah Dungun, seramai 14 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bandar Paka sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, penutupan jalan dari kedua-dua arah di Pantai Seberang Takir kepada semua pengguna jalan raya bermula 12 Januari lepas sehingga suatu masa yang akan dimaklumkan kelak.
Iklan
"Penutupan jalan ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini akibat limpahan air yang boleh mengganggu lalu lintas di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Dalam kemas kini terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dengan angin Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) di kawasan perairan Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor hingga 18 Januari.
Iklan
MetMalaysia turut meramalkan ketinggian ombak boleh mencecah hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil serta aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan pantai diminta lebih berwaspada dan tidak menghampiri pantai. - Bernama
Exco kerajaan negeri menempelak kenyataan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berhubung penggunaan peruntukan bayaran dana khas (wang ehsan) bagi menangani segera masalah hakisan pantai yang berlaku di beberapa kawasan di Kuala Nerus.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, masalah hakisan pantai itu sewajarnya diselesaikan melalui peruntukan khas bencana daripada kerajaan pusat dan bukannya membebankan wang ehsan yang diperuntukkan bagi pembangunan rakyat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/707670/edisi/terengganu/guna-peruntukan-khas-bencana-pusat-bukannya-dibebankan-wang-ehsan---exco