IPOH - Semua kanak-kanak yang diselamatkan dalam serbuan Op Global melibatkan rumah amal kendalian GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) di Perak sudah dituntut ibu bapa dan waris masing-masing.
Jumlah tersebut melibatkan 55 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang sebelum ini berada di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, semua kanak-kanak itu tidak lagi berada di pusat perlindungan disediakan sebelum ini.
"Saya difahamkan semua sudah dituntut, kebetulan semalam saya sempat ke pusat perlindungan itu dan semua dah clear (dituntut)," katanya ringkas kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Himpunan Gadis Hebat Negeri Perak di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di sini pada Selasa.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak, Jamilah Zakaria serta Pengerusi GPMS Perak, Mohamad Faizal Haramaini.
Pada 17 Disember tahun lalu, Salbiah memaklumkan sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak sudah dituntut ibu bapa dan waris masing-masing.
Menurutnya, mereka yang belum diserahkan kepada ahli keluarga atau waris masih melalui beberapa proses siasatan dijalankan pihak polis.
Dalam laporan media pada 15 Disember lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mendedahkan masih terdapat 136 kanak-kanak GISBH yang belum dituntut mana-mana pihak.