Kilang elektronik hampir musnah dalam kebakaran

Iklan
Kebakaran melibatkan kompresor pendingin hawa yang terletak di atas bumbung kilang berkenaan. Kebakaran melibatkan kompresor pendingin hawa yang terletak di atas bumbung kilang berkenaan.
Kebakaran melibatkan kompresor pendingin hawa yang terletak di atas bumbung kilang berkenaan.

GEORGE TOWN - Sebuah kilang elektronik di Zon Perindustrian Bebas, Bayan Lepas hampir musnah dalam kebakaran pada awal pagi Selasa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Timbalan Penguasa Bomba II (TPgB II) Azrul Khairi Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.57 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kebakaran melibatkan perkakasan elektrik iaitu kompresor pendingin hawa yang terletak di atas bumbung kilang berkenaan.

Anggota bomba berusaha memadamkan api yang membakar sebuah kilang di Bayan Lepas pada awal pagi Selasa. Anggota bomba berusaha memadamkan api yang membakar sebuah kilang di Bayan Lepas pada awal pagi Selasa.
Anggota bomba berusaha memadamkan api yang membakar sebuah kilang di Bayan Lepas pada awal pagi Selasa.

"Kebakaran melibatkan kawasan atas bumbung dengan anggaran keluasan 10x10 kaki persegi. Bagaimanapun, api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya.

Iklan

"Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah 60 peratus. Operasi pemadaman turut dibantu oleh Pasukan Emergency Respons Team (ERT) kilang berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau menambah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya serta diserahkan pada pihak penyiasat kebakaran bomba untuk tindakan selanjutnya.

Kilang elektronik di Zon Perindustrian Bebas, Bayan Lepas yang hampir musnah dalam kebakaran pada awal pagi Selasa.

Iklan

"Kita turut mendapat bantuan daripada agensi luar antaranya polis, Tenaga Nasional Berhad dan pasukan bomba sukarela," jelasnya.

Menurutnya, jumlah kerugian masih dalam siasatan.