Pengurus akaun badan berkanun di Perlis dibebaskan dengan jaminan SPRM

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 8 Januari berhubung penahanan dua petugas wanita sebuah badan berkanun di Perlis selepas disyaki menyeleweng wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi. Laporan Sinar Harian pada 8 Januari berhubung penahanan dua petugas wanita sebuah badan berkanun di Perlis selepas disyaki menyeleweng wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi.
Laporan Sinar Harian pada 8 Januari berhubung penahanan dua petugas wanita sebuah badan berkanun di Perlis selepas disyaki menyeleweng wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi.

KANGAR - Seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun yang direman bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, wanita berumur lingkungan 30-an itu dilepaskan berikutan perintah reman berakhir pada Selasa, namun pihak SPRM masih meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan.

Iklan
Iklan

"Wanita itu dilepaskan dengan jaminan SPRM, dan kes ini masih dalam siasatan, setelah siasatan selesai, ia akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk pertimbangan, sama ada dipertuduhkan di mahkamah ataupun tidak bergantung kepada hasil siasatan,” menurut sumber itu.

Sumber itu memaklumkan pada masa ini tiada tangkapan baharu berkaitan kes berkenaan.

Iklan

Pada 8 Januari, media melaporkan SPRM menahan dua petugas wanita sebuah badan berkanun di Perlis termasuk seorang pengurus akaun selepas mereka disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi.

Laporan media menyebut siasatan awal mendapati kedua-dua petugas itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara 2020 hingga 2024 dan SPRM Perlis turut menyita serta merampas barangan mewah termasuk barang kemas berjumlah kira-kira RM100,000 yang disyaki diperoleh hasil perbuatan terbabit.

Iklan

Mereka direman empat hari bermula 8 Januari lepas sebelum reman terhadap pengurus akaun itu disambung lagi tiga hari hingga hari ini manakala seorang lagi telah dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 11 Januari.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan pengurus akaun berkenaan dilepaskan dengan jaminan SPRM dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - Bernama