[VIDEO] Guru tak mengaku raba dua murid dalam rumah hantu

Iklan

MELAKA - Seorang guru mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid Tahun Enam di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Tertuduh, Mohd Azhar Mohamad, 44, membuat pengakuan itu sebaik dua pertuduhan berasingan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Bagi pertuduhan kedua didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang lagi murid lain juga berusia 12 tahun.

Iklan

Bagi kedua-dua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Mohd Azhar (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen pada Selasa. Mohd Azhar (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen pada Selasa.
Mohd Azhar (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen pada Selasa.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah sekolah di Paya Rumput di sini kira-kira jam 9.30 pagi pada 8 Januari lalu.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof mencadangkan wang jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan rendah dengan alasan masih bekerja dan perlu menyara tiga anak masih bersekolah berusia tujuh, 11 dan 13 tahun selain menjaga ibunya.

Selepas mendengar rayuan, mahkamah membenarkan jaminan RM21,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta syarat tambahan perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran dan tidak boleh mendekati mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Februari depan sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mohd Azhar (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.

Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah direman enam hari selepas disyaki mencabul dua murid perempuan berusia 12 tahun dalam rumah hantu karnival sekolah pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, kejadian itu diketahui selepas dua murid Tahun Enam sekolah terbabit menceritakan perkara berkenaan kepada guru besar.

Menurutnya, mangsa dalam keadaan takut dan menangis menceritakan kejadian itu yang didakwa berlaku ketika mereka berada dalam rumah hantu yang dibuka dalam kawasan sekolah.