Kedah cadang wajibkan tulisan jawi, larang gambar wanita seksi pada papan iklan

Iklan
Salah satu papan tanda di Bandaraya Alor Setar yang menggunakan tulisan rumi dan jawi. Salah satu papan tanda di Bandaraya Alor Setar yang menggunakan tulisan rumi dan jawi.
Salah satu papan tanda di Bandaraya Alor Setar yang menggunakan tulisan rumi dan jawi.

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah bercadang mewajibkan penggunaan tulisan jawi di kesemua papan tanda dan iklan di negeri ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata, cadangan itu termasuk mewajibkan tulisan dan bahasa lain pada papan tanda dan iklan.

Iklan
Iklan

"Kita bercadang mewajibkan penggunaan tulisan rumi sebagai tulisan pertama, jawi tulisan kedua dan bahasa lain sebagai tulisan ketiga," katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.

Dalam pada itu, cadangan sama turut melibatkan larangan penggunaan gambar wanita seksi pada papan iklan negeri berkenaan.

Iklan
Tangkap layar laporan Sinar Harian pada 2019 mengenai inisiatif Kedah yang tidak mengenakan sekatan dalam penggunaan tulisan jawi di papan iklan. Tangkap layar laporan Sinar Harian pada 2019 mengenai inisiatif Kedah yang tidak mengenakan sekatan dalam penggunaan tulisan jawi di papan iklan.
Tangkap layar laporan Sinar Harian pada 2019 mengenai inisiatif Kedah yang tidak mengenakan sekatan dalam penggunaan tulisan jawi di papan iklan.

"Ikut cadangan tu, termasuk larangan penggunaan gambar wanita seksi, bahan larangan, berbaur hasutan, perkauman dan senjata berbahaya.

"Selepas bilboard, ia akan diteruskan ke papan iklan premis-premis di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Iklan

Mansor berkata, usaha itu merupakan alternatif kerajaan negeri bagi memartabatkan jawi seiring dengan undang-undang kecil negeri yang menggalakkan penggunaan tulisan tersebut.

Sinar Harian pada 2019 pernah melaporkan Kedah tidak mengenakan sebarang sekatan dalam penggunaan tulisan jawi pada papan iklan, malah menggalakkan penggunaan tulisan itu selain bahasa Melayu dan Inggeris.

Exco Kerajaan Tempatan ketika itu, Tan Kok Yew berkata, pihaknya meneruskan tradisi penggunaan tulisan jawi pada papan iklan, termasuk dwibahasa pada papan tanda jalan bagi mengekalkan identiti Kedah.