Facebook sekat akses akaun STR Singapura

Iklan
Facebook STR dikendalikan warga Singapura, Alex Tan telah tiga kali diarahkan membuat pembetulan berita yang disiarkan. Dua daripadanya mempunyai kaitan dengan wabak Covid-19.

SINGAPURA - Facebook pada semalam menyekat akses akaun States Times Review (STR) kepada pengguna Singapura kerana didakwa menyiarkan berita tidak benar mengenai beberapa isu termasuk berkaitan koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Pada 17 Februari, gergasi media sosial itu diarah berbuat demikian oleh pejabat yang menyelia kandungan dalam talian berdasarkan Akta Perlindungan daripada Pembohongan Dalam Talian dan Manipulasi (POFMA).

Iklan
Iklan

Sejak November lalu, Facebook STR dikendalikan warga Singapura, Alex Tan telah tiga kali diarahkan membuat pembetulan berita yang disiarkan. Dua daripadanya mempunyai kaitan dengan wabak Covid-19.

Alex mendakwa beliau merupakan warga Australia yang berpangkalan di luar negara.

Selepas Alex tidak mengendahkan semua perintah terbabit, STR dikenakan beberapa tindakan termasuk dihalang daripada menerima sebarang manfaat kewangan.

Iklan

Disebabkan gagal mematuhi peraturan di bawah POFMA, pihak berkuasa mengeluarkan arahan menyekat Facebook STR.

POFMA berkuat kuasa 2 Oktober tahun lalu. Di bawah akta itu kerajaan Singapura boleh mengarahkan platform atau perantara internet untuk menyekat akses terhadap kandungan dalam talian yang mengandungi maklumat salah. Mana-mana pertubuhan yang tidak mematuhi arahan itu boleh didenda sehingga AS$500,000. - Bernama

Iklan