Seoul dakwa Pyongyang lancar peluru berpandu ke arah Laut Jepun

Iklan
Orang ramai menonton skrin televisyen yang menunjukkan siaran berita dengan rakaman fail ujian peluru berpandu Korea Utara, di stesen kereta api di Seoul pada 14 Januari 2025. Foto AFP Orang ramai menonton skrin televisyen yang menunjukkan siaran berita dengan rakaman fail ujian peluru berpandu Korea Utara, di stesen kereta api di Seoul pada 14 Januari 2025. Foto AFP
Orang ramai menonton skrin televisyen yang menunjukkan siaran berita dengan rakaman fail ujian peluru berpandu Korea Utara, di stesen kereta api di Seoul pada 14 Januari 2025. Foto AFP

SEOUL - Korea Utara melancarkan peluru berpandu tidak dikenali jenisnya, dakwa tentera Korea Selatan pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Korea Utara melancarkan peluru berpandu ke arah Laut Timur, juga dikenali sebagai Laut Jepun, menurut agensi berita Korea Selatan Yonhap yang memetik kakitangan am di Seoul.

Iklan
Iklan

Pelancaran itu berlaku seminggu selepas Korea Utara melancarkan apa yang dikatakannya sebagai"peluru berpandu balistik hipersonik jarak pertengahan jenis baharu".

Korea Utara dilarang oleh resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada melancarkan atau menguji peluru berpandu balistik dalam sebarang jarak.

Iklan

Peluru berpandu biasanya daripada jenis permukaan ke permukaan yang juga boleh dilengkapi dengan kepala peledak nuklear.

Pyongyang memperluaskan ujian peluru berpandunya dengan ketara sejak dua tahun lalu, sambil mempertajam retoriknya terhadap AS dan Korea Selatan. Ia juga mengukuhkan kerjasama ketenteraannya dengan Rusia. - Bernama-dpa

Iklan