[VIDEO] Pukul, cekik isteri enggan 'bersama', suami dipenjara enam bulan

Iklan

MELAKA - Seorang pemotong rumput dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret kerana memukul isteri gara-gara mangsa enggan melakukan hubungan seks bersama pada Jumaat lalu.

Tertuduh berusia 32 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, dia dalam satu perkahwinan yang sah telah menyebabkan kecederaan kepada isterinya berusia 32 tahun untuk mengadakan persetubuhan dengannya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik kelamin, sebuah rumah bernombor di Jalan Pokok Mangga, Kampung Padang di sini, kira-kira jam 2 pagi 10 Januari lalu.

Iklan

Pendakwaan bagi kes ini dijalankan mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah meminta isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai makanan untuk melakukan hubungan seks namun mangsa menolaknya dengan alasan kepenatan menjaga anak mereka berusia setahun.

Iklan
Tertuduh dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa. Tertuduh dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.
Tertuduh dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.

Difahamkan mangsa juga tidak tahan dengan perbuatan tertuduh yang mahu melakukan hubungan seks setiap hari.

Tindakan mangsa telah menyebabkan tertuduh marah lalu menampar dan menumbuk mangsa beberapa kali termasuk mencekik leher wanita itu sehingga sukar bernafas.

Mangsa yang berjaya melepaskan diri kemudian berlari keluar bilik dan memanggil bapa mentuanya yang tinggal serumah dengan mereka.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira mangsa merupakan isteri tertuduh.

Bapa seorang anak itu yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman penjara rendah dengan alasan dia telah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan itu terhadap isterinya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dari tarikh ditangkap pada Jumaat lalu.