23 cedera, bas bawa jemaah surau rempuh lori

Iklan
Keadaan bas persiaran yang merempuh belakang lori kontena dan anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat (gambar kanan). Keadaan bas persiaran yang merempuh belakang lori kontena dan anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat (gambar kanan).
Keadaan bas persiaran yang merempuh belakang lori kontena dan anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat (gambar kanan).

NIBONG TEBAL - Seramai 23 orang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dengan sebuah lori kontena di Kilometer (KM) 157.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Bakap di sini, pada Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 4.16 pagi itu sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap serta Nibong Tebal bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bas persiaran membawa 24 penumpang dengan dua pemandu didapati merempuh belakang sebuah lori kontena.

"Terdapat 23 mangsa mengalami kecederaan termasuk dua pemandu bas manakala tiga tidak mcengalami kecederaan.

Iklan

"Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) serta Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, bas persiaran terbabit membawa sekumpulan jemaah surau dari Seremban, Negeri Sembilan dalam perjalanan untuk mengikuti program berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani, Kedah.

Iklan