Negeri Sembilan jadi pilihan pelabur - Menteri Besar

Iklan
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyampaikan ucapan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti hari ini. Foto Bernama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyampaikan ucapan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti hari ini. Foto Bernama
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyampaikan ucapan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti hari ini. Foto Bernama

KUALA PILAH - Negeri Sembilan terus menjadi pilihan pelabur dan kerajaan negeri komited untuk meneruskan libat urus bersama pelabur yang berpotensi baik dari dalam mahupun dari luar negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, hasilnya Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan pada tahun 2023 Negeri Sembilan berjaya mencatatkan rekod pelaburan tertinggi, sebanyak RM10.1 bilion.

Iklan
Iklan

"Sehingga suku kedua tahun 2024, sebanyak RM3.0 bilion pelaburan telah direkodkan dan kita optimis akan menyamai rekod pelaburan tahun lalu.

"Negeri Sembilan akan terus memberi tumpuan untuk meningkatkan lagi daya saing ekonomi dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri secara mampan serta inklusif dengan memberi tumpuan kepada beberapa sektor utama yang berpotensi untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sembah ucapan tahniah dan taat setia sempena Hari Keputeraan ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, di sini pada Selasa.

Aminuddin berkata, gelora ekonomi dunia melalui prakarsa baharu yang mampan diperkukuh melalui Majlis Pelaburan Negara yang bersidang pada 16 Oktober 2024 telah meluluskan inisiatif Pembangunan Kluster Industri Wilayah Tengah yang merangkumi Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur.

Iklan

"Inisiatif ini bagi mewujudkan identiti kluster industri khusus dalam sektor pembuatan melalui usahasama dan sinergi kolaborasi antara negeri dalam memacu pelaburan bersasar.

"Usaha ini juga sejajar dengan agenda yang diterapkan dalam New Industrial Master Plan (NIMP) 2030 yang memberi fokus kepada pembangunan ekonomi rentas sempadan yang melibatkan Bandar Enstek serta Nilai," katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga sepakat menyokong cadangan jaringan lebuh raya baharu melibatkan Lebuh raya Senawang – KLIA (SKLIA) serta sambungan Lebuh raya West Coast Expressway (WCE) menghubungkan Banting, Selangor merentasi Negeri Sembilan dan Melaka hingga ke Gelang Patah, Johor.

"Patik percaya jajarannya WCE sepanjang pantai Port Dickson akan memberi limpahan ekonomi dan pembangunan kepada rakyat di Negeri Sembilan," katanya.

Dalam pada itu katanya, Institusi Beraja di Negeri Sembilan adalah tonggak kekuatan negeri dan rakyat pelbagai kaum selain Kebawah Duli Tuanku berperanan sebagai penaung agama Islam.

"Di bawah naungan tuanku, pembangunan syiar Islam di Negeri Sembilan juga mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan menerusi peruntukan RM31.8 juta yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2023 untuk pembinaan lima buah masjid di negeri ini.

"Lebih menggembirakan lagi, Negeri Sembilan telah dua tahun berturut-turut dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan," katanya.