Bank Rakyat perkenal Balqis, teman digital perbankan AI pertama di Malaysia

Iklan
Bank Rakyat memperkenalkan teman digital atau Al Influencer, Balqis yang pertama dalam sektor perbankan di Malaysia. Bank Rakyat memperkenalkan teman digital atau Al Influencer, Balqis yang pertama dalam sektor perbankan di Malaysia.
Bank Rakyat memperkenalkan teman digital atau Al Influencer, Balqis yang pertama dalam sektor perbankan di Malaysia.

BANK Rakyat memperkenalkan teman digital atau Al Influencer, Balqis yang pertama dalam sektor perbankan di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada strategi transformasi digital bank berkenaan.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, perkhidmatan inovatif itu bertujuan meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan nasihat kewangan diperibadikan melalui teknologi Al.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, inovasi baharu itu juga mencerminkan komitmen Bank Rakyat untuk mempercepatkan sistem automasi perkhidmatan dan mempertingkatkan kecekapan operasi.

Sebahagian tetamu jemputan hadir pada sesi tayangan memperkenalkan teman digital Bank Rakyat, Balqis. Sebahagian tetamu jemputan hadir pada sesi tayangan memperkenalkan teman digital Bank Rakyat, Balqis.
Sebahagian tetamu jemputan hadir pada sesi tayangan memperkenalkan teman digital Bank Rakyat, Balqis.

"Balqis bakal menjadi rakan perbankan yang sentiasa dekat di hati para pelanggan, dengan berkongsi tips dan info perbankan melalui pendekatan yang lebih mesra pelanggan dan mudah difahami.

Iklan

"Balqis direka untuk menyesuaikan keperluan unik pelanggan dengan menyediakan cadangan dan nasihat kewangan yang diperibadikan berdasarkan penggunaan perkhidmatan dan produk perbankan kami seperti Kad Kredit-i, Akaun Simpanan-i produk pembiayaan, pelaburan serta perbankan Internet iRakyat.

"Teknologi Al membolehkan maklumat perbankan disampaikan dengan lebih efektif kepada sasaran pelanggan yang lebih luas, yang mana mod komunikasi disesuaikan khusus mengikut keperluan dan pemahaman setiap pelanggan tanpa batasan," menurut kenyataan itu.

Iklan

Terdahulu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak melancarkan Balqis di Autum Teatre, The Garden Mall di ibu negara pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Selain itu, Bank Rakyat turut memaklumkan, inisiatif itu juga adalah sebahagian daripada komitmen Bank Rakyat untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami yang terdiri daripada pelbagai segmen masyarakat.

"Kami sentiasa berusaha memastikan bahawa pengalaman perbankan pelanggan kami kekal relevan dan mesra pengguna untuk setiap peringkat komuniti.

"Menelusuri 70 tahun penubuhan Bank Rakyat, Balqis merupakan langkah penting dalam perjalanan kami ke arah transformasi digital, menandakan era baharu dalam perbankan pintar," tambah kenyataan itu.