[VIDEO] Pulau di pantai timur Sabah dikenal pasti 'hotspot' laluan sindiket dadah

Iklan

PAPAR - Pulau sekitar daerah di pantai timur Sabah dikenal pasti sebagai 'hotspot' kegiatan sindiket pengedaran dadah termasuk dijadikan transit sebelum dipasarkan ke negara jiran.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, pihaknya telah mengenal pasti laluan sindiket yang aktif sama ada laluan laut, darat, lorong tikus dan lorong gajah.

Iklan
Iklan

"Kawasan hotspot kebanyakan pulau-pulau di sekiling termasuk Tawau, Sandakan, Semporna, atau pulau-pulau yang dikenal pasti sebagai kawasan aktif (kegiatan dadah)," katanya dalam sidang media ketika hadir mengadakan lawatan kerja di Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kinarut, di sini pada Selasa.

Kok Chin ketika ditemui pemberita ketika lawatannya ke Briged PGA Kinarut, Papar. Kok Chin ketika ditemui pemberita ketika lawatannya ke Briged PGA Kinarut, Papar.
Kok Chin ketika ditemui pemberita ketika lawatannya ke Briged PGA Kinarut, Papar.

Beliau mendedahkan, Malaysia hanya dijadikan sebagai tempat transit bagi aktiviti pengedaran dadah disebabkan harganya yang begitu lumayan apabila dipasarkan ke luar negara.

Iklan

"Kita percaya dadah itu bukan masuk dari Semenanjung ke Sabah, sebab Malaysia ini sebagai transit saja dia bukan pengeluar. Jadi dia masuk ke Sabah dan ada juga orang Sabah ini keluar ke negara jiran melalui sempadan kita kerana nilai harga dadah begitu lumayan di sana.

"Kalau lihat di Malaysia, syabu satu kilogram dianggarkan hingga RM35,000 tapi kalau pergi ke negara jiran ia akan meningkat sehingga RM450,000.

Iklan

"Jadi permintaan tinggi dengan harga yang begitu lumayan menyebabkan sindiket itu akan cuba melalui sini (Sabah) dengan jalan laut ke seberang sana (negara jiran)," katanya.

Kok Chin (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada pegawai polis ketika mengadakan lawatan kerja ke Briged PGA Kinarut, Papar.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Sabah juga dikenal pasti sebagai kawasan strategik untuk kegiatan jenayah tersebut disebabkan berada berhampiran dengan pelbagai negara jiran.

"Dadah masuk ke Malaysia dari negara jiran yang disebut sebagai 'golden triangle'. Dadah akan masuk ke utara melalui Semenanjung dan akan dibawa masuk melalui perkhidmatan kurier ke Sabah, selain untuk pasaran tempatan, ia juga dihantar ke negara jiran," katanya.

Sehubungan itu, Kok Chin berkata, melihat kepada elemen tersebut pihaknya akan lebih agresif membanteras pergerakan sindiket pengedaran dadah dengan memberi tumpuan kepada Sabah.

"Saya panggil Komander PGA dan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 untuk kita berbincang bersama bagi masalah dadah yang berlaku di Sabah.

"Kita akan buat perancangan dalam masa terdekat brsama dengan tiga agensi dan mungkin kita dapat bantuan daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) yang menggunakan teknik dron dan lain-lain, namun ia tidak boleh diperincikan dengan jelas mengenainya," katanya.