ECRL bakal siap, hubungan China-Malaysia makin kukuh

Iklan
Kereta api laju yang dalam pembinaan di Kelantan dan Terengganu. Gambar kecil: Yujing Kereta api laju yang dalam pembinaan di Kelantan dan Terengganu. Gambar kecil: Yujing
Kereta api laju yang dalam pembinaan di Kelantan dan Terengganu. Gambar kecil: Yujing

TUMPAT - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) atau kereta api laju yang dijangka siap tahun depan akan mengukuhkan lagi hubungan serantau antara Malaysia dan China.

Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing berkata, hasil lawatan kerja beliau setakat ini perkembangan pembinaan projek itu sudah mencapai 76 peratus siap.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pembinaan projek ERCL melibatkan jajaran di Terengganu dan Kelantan pula dijangka siap lebih awal hujung tahun ini.

"Pekerja-pekerja China bekerjasama baik dengan tenaga kerja Malaysia dan bertungkus-lumus untuk memastikan projek ini siap lebih awal walaupun dalam tempoh menjelang perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Iklan
Penduduk Tumpat yang menerima bantuan daripada Kedutaan Besar China. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID. Penduduk Tumpat yang menerima bantuan daripada Kedutaan Besar China. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.
Penduduk Tumpat yang menerima bantuan daripada Kedutaan Besar China. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.

"Projek ini memainkan peranan positif yang mengeratkan hubungan serantau antara Malaysia dan China,” katanya selepas menyampaikan bantuan makanan kepada banjir di Kampung Pulau Gorek di sini pada Selasa.

Beliau mengulas, selepas siap, projek ECRL akan memberi manfaat kepada masyarakat tempatan terutama yang berada di jajaran ECRL.

Iklan

Katanya, akan lebih banyak lagi kerjasama seumpamanya akan dilakukan pada masa akan datang dalam meningkatkan ekonomi serantau.

"Kerajaan China juga memberi keutamaan kepada Malaysia dalam kelompok negara ASEAN.

"Projek ECRL ini adalah projek membabitkan jaringan pengangkutan terbesar dan walaupun disasar siap awal, kualiti tetap akan diambil berat dalam proses pembinaannya,” ujarnya.

Projek infrastruktur mega ECEL yang menjadi bukti hubungan dua hala kukuh antara Malaysia dan China ini dijangka siap menjelang akhir 2026.

Projek bernilai RM50.2 bilion menampilkan laluan yang menghubungkan pantai timur dan barat negara merentasi 20 stesen.