Pemulihan Los Angeles akibat kebakaran bakal cecah berbilion dolar - Biden

Iklan
Pemandangan udara rumah yang musnah dalam Kebakaran Palisades. Foto AFP Pemandangan udara rumah yang musnah dalam Kebakaran Palisades. Foto AFP
Pemandangan udara rumah yang musnah dalam Kebakaran Palisades. Foto AFP

WASHINGTON - Pemulihan kawasan kejiranan di Los Angeles yang terjejas akibat kebakaran dahsyat akan menelan belanja berbilion dolar, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

"Ia akan memerlukan puluhan bilion dolar untuk memulihkan Los Angeles seperti sediakala. Jadi, kita perlukan Kongres untuk meningkatkan pembiayaan bagi menyelesaikan perkara ini. Dan kita akan laksanakan," menurut Biden dalam taklimat bersama pegawai persekutuan.

Iklan
Iklan

Kebakaran hutan yang bermula di Daerah Los Angeles pada 7 Januari dianggap sebagai yang terbesar dalam sejarah negeri itu.

Menurut pihak berkuasa, jumlah kawasan kebakaran melebihi 16,000 hektar.

Iklan

Sekurang-kurangnya 24 orang terkorban dan lebih 12,300 bangunan, termasuk kediaman selebriti musnah.

Menurut ahli meteorologi cuaca kering dan berangin menyebabkan api merebak dengan pantas. - Bernama-Sputnik/Ria Novosti

Iklan