Pekerja kebun sayur disamun penjenayah berparang

Iklan
Barangan suspek yang dirampas dalam kejadian berkenaan. Foto PDRM (Gambar kecil: Abdul Malik) Barangan suspek yang dirampas dalam kejadian berkenaan. Foto PDRM (Gambar kecil: Abdul Malik)
Barangan suspek yang dirampas dalam kejadian berkenaan. Foto PDRM (Gambar kecil: Abdul Malik)

NILAI - Pekerja sebuah kebun sayur di Mantin di sini, berdepan detik cemas apabila disamun sekumpulan lelaki bersenjatakan parang pada jam 1.10 pagi Selasa.

Kejadian itu berlaku selepas suspek menceroboh masuk ke kebun terbabit dengan menyamar sebagai anggota penguat kuasa.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada seorang lelaki yang merupakan pemilik kebun sayur berkenaan.

"Lelaki itu beritahu yang dia terima maklumat daripada pekerjanya bahawa sekumpulan lelaki seramai sembilan orang bersenjatakan parang telah menceroboh masuk kawasan kebun dengan menyamar sebagai anggota penguat kuasa.

Iklan

"Suspek telah merompak enam pekerjanya hingga mendatangkan kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis telah ke lokasi dan berjaya menahan sembilan suspek lelaki berusia lingkungan 20-an, jam 5.30 pagi.

Iklan

Jelas beliau, turut dirampas (5) motosikal yang dinaiki suspek, (2) bilah parang, (1) bilah rotan dan (7) buah telefon bimbit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, Seksyen 170 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

"Semua suspek direman tujuh hari bermula pada Selasa sehingga 20 Januari ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh menghubungi Balai Polis berdekatan atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7902222.