'Angin syaitan' kembali ancam kebakaran LA

Iklan
Kemusnahan teruk di Pacific Palisades Bowl Mobile Estates yang musnah dalam kebakaran pada minggu lalu. Kemusnahan teruk di Pacific Palisades Bowl Mobile Estates yang musnah dalam kebakaran pada minggu lalu.
Kemusnahan teruk di Pacific Palisades Bowl Mobile Estates yang musnah dalam kebakaran pada minggu lalu.

LOS ANGELES - Pasukan bomba pada Selasa bergelut dengan tiupan angin kencang yang dikhuatiri akan memburukkan lagi kebakaran hutan yang telah memusnahkan seluruh kawasan kejiranan di Los Angeles dan membakar kawasan hampir menyamai keluasan Washington.

Peramal kaji cuaca memberi amaran 'angin syaitan' atau Santa Ana kembali mengancam bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS) itu pada minggu ini ketika usaha mengawal api terus dipergiatkan.

Iklan
Iklan

Santa Ana yang membawa angin panas dan kering bertiup dari timur laut dipercayai menjadi antara punca kebakaran yang terus merebak dan sukar dikawal pada minggu lalu.

Sebagai persediaan menghadapi Santa Ana, amaran bendera merah merujuk kepada situasi yang sangat berbahaya telah dikeluarkan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Los Angeles.

Iklan

"Angin yang mempunyai kekuatan seperti hurikan itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 120 kilometer sejam. Tetapi, ia dijangka tidak sekencang pada minggu lalu,” kata ahli meteorologi NWS, David Roth.

Sejak akhir minggu lalu, lebih 8,500 anggota bomba berhempas-pulas mengawal api daripada terus merebak dari luar bandar tersebut.

Iklan

Difahamkan, pasukan itu turut ditempatkan di kawasan terdedah termasuk di beberapa daerah California Selatan. - Agensi

Info:

>Angka korban kebakaran dahsyat itu telah meningkat kepada 24 orang dan memusnahkan lebih 16,180 hektar di Greater Los Angeles dan membinasakan lebih 12,300 struktur termasuk kediaman mewah.

>Kebakaran terbesar, Palisades Fire telah menyebabkan kemusnahan di kawasan seluas kira-kira 9,307 hektar. Hanya 14 peratus berjaya dikawal ketika ia terus mengancam Brentwood, Encino dan Westwood.

>Pada Isnin, arahan pemindahan dikeluarkan kepada 92,000 penduduk di Los Angeles dan kira-kira 89,000 di zon amaran berpindah segera.

>Seramai 150,000 penduduk telah dipindahkan dan lebih 20 dilaporkan hilang.